Assalamualaikum.. Alhamdulillah Crunchy KAPIT By NSMG dah masuk tahun yang kedua. Aidilfitri 2019 merupakan kali kedua kami rasa aura permintaan Crunchy KAPIT.
Tahun lepas, 2018, buat pertama kali kami open order untuk raya. Dan permintaan sangat sangat dan sangat mengejutkan. Untuk kami yang baru setahun jagung, tak bersedia, memang terpaksa cakap, ‘Stop, stop, kami dah tak boleh terima order lagi’
Haha.. teringat balik, memang kelakar la. Orang nak beli lagi, tapi kita yang tak bagi. Mana tak nye, tak menang tangan weii… So tahun ni, kami team Crunchy KAPIT dah berazam tak nak kecewakan orang lagi. Masalah kami hanyalah production. Untuk hasilkan lebih banyak Crunchy KAPIT tersedap ni.
Atas perbincangan, penambahbaikkan dan yang penting, sokongan daripada peminat Crunchy KAPIT. Kalau orang tak suka, takde permintaan, buat apa terhegeh-hegeh nak produce banyak lagi Crunchy KAPIT. Betul tak? Disebabkan permintaan yang terlalu tinggi, kami berjaya buat 1 team lagi untuk production.
Dan kami buat demo, training, aktiviti makan kuih kapit sama-sama untuk 1 hari. Dan yang lebih penting, semua yang datang training tu pun dah jatuh cinta dengan Crunchy KAPIT By NSMG. Sedap diorang cakap.. Akak apa lagi, terkembang-kembang bangga walaupun buat gaya senyum manis je..hehe..
Kesimpulannya, Akak happy sangat handle training time tu. Semua pekerja pun nampaknya enjoy dan happy juga. Tak percaya ke?? Jom Akak share gambar gambar. Setakat 4 orang. InsyaALLAH doakan akan datang berkembang jadi 40 orang, boleh Akak carumkan EPF dengan SOCSO kan kan kan



