Berbaloi tinggal di Faithview Hotel & Suites, Melaka

Alhamdulillah.. Minggu lepas berjaya bawa anak-anak berjalan ke Melaka guna pengangkutan awam buat pertama kalinya. Itu yang buat excited terlebih tu..

Hari Khamis dan Jumaat, En Adli ada kursus di Melaka. Jadi kami plan untuk ikut kesana hari Jumaat. Mula-mula nak bawa kereta. Tapi fikir balik, macam tak best pula kan 2 kereta. Mesti bosan.. Jadi, dengan gigihnya, saya bawa anak-anak naik public transport dengan ditemani sekali adik. Kalau adik takde, termangu-mangu la jawabnya. Haha..

Pendek kan cerita (cerita perjalan, next ye) kami tak high expectation pun dengan hotel ni. Dapat promosi dekat Agoda, boleh muat kami 3 dewasa & 4 kanak-kanak. 1 katil single, 2 katil king + breakfast. Harga RM181.81 dah termasuk tax & fees.. Murah kan.. so, itu yang tak high expectation sangat tu.

Ok, bila sampai je, nampak 2 bangunan corak ombak (wave) Pakcik Grab cakap. Dia ada 2 bangunan. Tower A & Tower B. Kami tinggal di Tower B. Ada sembang-sembang dengan seorang Pak Cik yang stay situ juga, dia kata Tower B ni konsep apartment. Diorang pun dapat apartment 2 tingkat, 3 bilik harga RM247. Serious la harga… best

Sumber gambar : Agoda

Kami stay di bilik Premier Suite. Breakfast pun dah cover untuk 5 orang. Kanak-kanak umur 6 & 8 tahun saja kena charge. Memang ‘ngam’ sangat la. Budak-budak umur 2 & 4 tahun tak kena, jadi hoorayy..!! semua orang dapat makan breakfast esok. Hehe..

Dah check in dan masuk ‘apartment’, kami dapat 3 bilik. 2 bilik ada tv. Saya memang dah siap-siap bawa pendrive ada cerita-cerita yang budak-budak suka. Apa lagi..happy sangat la diorang dapat layan movie.

Petang sikit, kami turun untuk mandi swimming pool dan main playground. Swimming pool ada 2 bahagian. Memang luas. Playground pula di tingkat yang sama, bawah Tower A. Kita emak-emak ni, bawa tempat yang anak-anak suka je.. So gym tu, kita cuma jeling-jeling je. Haha

Anak-anak main yang dekat belah kecik tu.
Sumber : Booking.com
Swimming pool 2
Sumber : infotel.co.uk
Playground.
Sumber : infotel.co.uk

Breakfast pun mula-mula fikir macam biasa je kot. Mungkin sebab rasa bayar murah, so tak harap apa-apa yang wow sangat. Tapi, breakfast pun tak kurang best. Semua macam ada. Nasi goreng, mee, bihun, kue teow, roti jala, mushroom shoom, bubur nasi, salad, cereal dan macam-macam sangat la ada. Sebab pernah dapat hotel yang breakfast included. Tapi dapat nasi lemak sebungkus je. Nak tambah pun takut guest lain tak dapat makan. Hehe

Kesimpulannya, percutian bajet ni sangat-sangat awesome. Dan boleh dikatakan, antara banyak-banyak tempat yang saya pernah stay di Melaka ni, Faithview Hotel & Suites ni yang the best.

Tips saya untuk apa-apa perkara sekali pun. Jangan high expectation. Sebab bila macam tu, baru la kita akan rasa perkara-perkara yang kita lalui dan tempuhi tu akan jadi lagi best. Mungkin kita jadi lebih bersyukur. Sebab tu jadi lagi seronok. Hehe..

Ok, InsyaAllah akan datang saya share perjalanan ke Melaka dengan guna pengankutan awam bersama-sama anak-anak. Siap ada kes terkencing dalam bas. Haruu… hehe

Sekian buat kali ni

Terima kasih

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s